Nota Bahasa Melayu

Frasa Menarik Untuk Menulis Karangan Yang Gramatis - Part 1


Di bawah disertakan beberapa frasa yang dianggap gramatis untuk digunakan dalam sesuatu karangan. Anda boleh memilih frasa-frasa tersebut dan menggunakannya dalam karangan anda sekiranya sesuai dengan karangan yang ditulis. Perlu diingat, penggunaan frasa gramatis mungkin tidak sesuai untuk sesetengah karangan atau sesetengah ayat yang cuba anda buat. Oleh itu, pemilihan frasa gramatis perlu diteliti dengan berhati-hati. Kita tidak mahu, hanya kerana mahukan ayat kelihatan gramatis, kesannya ayat yang digunakan tidak memberi erti langsung. Jadi berhati-hati ketika memilih dan menggunakan frasa gramatis yang diberi.

  1. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
  2. Komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
  3. Kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
  4. Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
  5. Makmur dari segi ekonomi tapi muflis nilai kekeluargaan
  6. Mampu mengandunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
  7. Manifestasi kesanggupan bangsa
  8. Manusia bukanlah haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
  9. Masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
  10. Masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
  11. Masalah sosial dan susila yang meruncing
  12. Masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
  13. Masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
  14. Melangkah dengan seribu kekuatan
  15. Melontarkan soalan yang cukup penting
  16. Melupakan cita-cita yang lebih luhur
  17. Membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
  18. Membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
  19. Membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
  20. Membetulkan ketidaktepatan fakta
  21. Membimbing mereka memenuhi impian
  22. Membina impian masa depan yang lebih gemilang
  23. Membongkar kepincangan
  24. Membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
  25. Mempengaruhi minda generasi muda
  26. Mempertahankan perasaan saling bersefahaman
  27. Mempertingkat dan memperteguh kefahaman
  28. Mempraktikkan elemen tolak ansur
  29. Memudaratkan kesejahteraan rakyat
  30. Menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
  31. Menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
  32. Menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
  33. Menampilkan wajah baru yang disulami tekad
  34. Menangkis tuduhan yang tidak berasas
  35. Mencapai tahap yang mencemaskan
  36. Mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
  37. Mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
  38. Mendapat perhatian dan liputan media massa
  39. Mendepani masa depan yang tidak menentu
  40. Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
  41. Mendukung kebenaran yang kita sepakati
  42. Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
  43. Mengambil langkah sederap
  44. Menghirup udara hasil kemerdekaan
  45. Mengikut acuan sendiri
  46. Mengundang kontroversi
  47. Menjadi cerucuk utama pembangunan
  48. Menjulang negara ke puncak jagat
  49. Menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
  50. Menyambut gamitan menara impian
  51. Menyebabkan imej negara tercalar
  52. Menyediakan kursus dan latihan yang relevan
  53. Menyembunyikan masalah utama masyarakat
  54. Mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
  55. Mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
  56. Milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
  57. Muafakat merupakan inti kepada perpaduan
  58. Negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
  59. Nilai keinsanan yang syumul
  60. Nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
  61. Pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
  62. Pelbagai cabaran yang bakal menghambat
  63. Pelbagai masalah sosial yang sedang menghinggapi masyarakat
  64. Pembentukan masyarakat sakinah
  65. Pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
  66. Pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
  67. Perlu dibaja kembali
  68. Perubahan yang diharap masih belum menjelma
  69. Petanda kehancuran generasi
  70. Pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
  71. Kita perlu mengorak langkah

Nota Bahasa Melayu

Penanda Wacana


Penanda wacana ini sesuai digunakan untuk menulis karangan pada peringkat PMR dan SPM

1. Penanda wacana untuk memulakan karangan
Pada era globalisasi ini,
Dalam meniti arus kemodenan ini,
Pada masa ini,
Dewasa ini,
Kini,
Dasawarsa ini,

2. Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
Antara,
Selain itu,
Di samping itu,
Sementara itu,
Dalam pada itu,
Lain daripada itu,
Seterusnya,
Begitu juga dengan
Akhir sekali,

3. Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
Saya berpendapat demikian kerana
Hal ini demikian kerana
Hal ini berlaku kerana
Hal ini terjadi kerana
Hal ini disebabkan oleh
Hal ini wujud akibat daripada
Hal ini bersangkut-paut dengan
Hal ini berpunca daripada
Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya......

4. Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
Misalnya,
Contohnya,
Sebagai contoh,
Tamsilnya,

5. Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
Hal ini mengakibatkan
Hal ini menyebabkan
Oleh itu,
Maka,
Oleh hal yang demikian,
Oleh sebab itu,
Jelaslah bahawa

6. Penanda menutup isi
Kesannya,
Natijahnya
Akibatnya,
Akhirnya,
Dengan itu,
Kesudahannya,
Dengan berbuat demikian,
Dengan keadaan sedemikian,

7. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Justeru
Juga
Malah
Malahan
Tambahan pula
Sementelahan
Bahkan juga
Sekali gus
Di samping
Bahkan
Malar-malar

8. Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
Kesimpulannya,
Imtihanya,
Secara tuntas,
Tuntasnya,......
Konklusinya,
Sebagai penutup wacana,
Sebagai penghias bicara akhir,
Sebelum mengakhiri wacana ini,
Secara keseluruhan,
Akhir kata,

9. Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
Walau bagaimanapun,
Namun demikian,
Namun begitu,
Meskipun,
Daripada perspektif yang berbeza,
Jika dilihat dari sudut lain,
Dengan kata lain,
Kontradiksinya,
Di sebalik itu,
Dalam pada itu,
Dari sudut lain,

10. Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
_____ bak/seperti kata peribahasa,
_____ bak kata peribahasa Melayu,
_____ persis kata peribahasa,
_____ persis kata peribahasa Melayu,
_____ persis kata orang tua-tua,
_____ persis kata cendekiawan,
Hal ini sama dengan peribahasa

Tips

10 Tips Hebat Untuk Fokus Di Dalam Kelas

Assalamualaikum wbt. Kita kerap kali di ingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, kami ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
  
1. Set Niat
Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah SWT. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Inshaa Allah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik
Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota
Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan
Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan
Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual
 Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan
Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air
90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur
Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan
Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!